My FoLLoWeRs

Tuesday, November 30, 2010

Hidup ibarat pusingan roda...

SaLam....
Hey sume kawan2...

Hidup dalam dunia memang banyak dugaan kan... Dugaan yang kadangkala kita xpernah fikir akan terjadi pada kita... Terpulang pada seseorang itu sama ade dye dapat tahan dengan dugaan itu atau x.. Hidup kita ibarat pusingan roda... 

Kejap kita ade di atas... Kejap lagi kita ade di bawah... Kejap kita hepy... Tapi kejap lagi kita sedih plak... Mana la kita tahu kan... Terserah pada nasib kita... Kalau untung sabut timbul.. Tapi kalau untung batu tenggelam... 

Jadi banyak2kanlah ingat pada tuhan supaya kita sentiasa menjadi orang yang sabar menghadapi dugaan... Walaupun hidup nie penuh ngan pancaroba... Lalui lah kita dengan perlahan2 sehingga kita menemui jalan penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi itu... Ok... You can do it.....!!!!!

Hidup ibarat pusingan roda...

Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan ape jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah  :

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja  mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."  ( al-Ankabut: 2 - 3)

Oleh itu  sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka."  ( at-Taubah: 111)

Dalam kitab Jami al-Tirmizi disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
Terjemahan : Apabila Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia menguji mereka. Sesiapa yang reda, ia akan mendapat keredaan Allah dan sesiapa yang marah, ia akan mendapat kemurkaan Allah.



 
CARA MENGATASI MASALAH

1.Sandarkan Harapan Pada Allah
 Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”

"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)

2.Minta Pertolongan Dari Allah
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45) 

3.Jangan Sedih dan Kecewa
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:

...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)

4.Luahkan masalah tersebut pada kawan2 yang dipercayai, walaupun dia mungkin xdapat membantu, tetapi sekurang2nya ia dapat meringankan beban yang korang tanggung.

5.Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.

Renung2kan dan selamat beramal...
Don't be sad... Allah always in your side... InsyaAllah...

No comments: