Di hari ini
Tak ada kata-kata indah yang boleh aku rungkaikan
Mahupun hal-hal yang istimewa yang mampu aku hurai
Mungkin tak bererti apa-apa lagi buatmu
Tapi yang pasti
Doaku akan mengiringi di setiap jejak langkahmu...
Aku menyedari
Kita sudah terpisah
Tak jumpa sudah sekian lama
Tapi entah mengapa aku tak boleh
Menggantikanmu dengan yang lain
Beberapa waktu dulu memang pernah aku
Cuba merelakan hatiku pada yang lain
Dalam masa yang singkat
Hanya aku tak boleh bohong
Bahawa hatiku masih untukmu...
Terima kasih atas warna yang pernah engkau
Lukis dalam hidupku
Dan izinkanlah aku menyimpannya walaupun mungkin
Sebenarnya aku tak berhak memilikinya lagi
Kerana ini semua "Kau yang terindah"
Dalam hidupku dalam kenanganku
Buat selama-lamanya...
No comments:
Post a Comment