Assalamualaikum..
Have a nice day for all my reader...
Terkejut aku bila baca kat myMetro seorang anak sanggup doakan ayah dye cepat mati.. Ade ke patut??? Kalau ye pun ayah dye jahat sekali pun xkan sampai hati doa macam 2 kat orang tua kita... Seburuk mana pun mak ayah kita, dye still parent kta yang lahir dan membesarkan kita.. Xde ayah, xde mak, xlahir kita kat dunia nie.. Banyak2 la muhasabah diri... Jangan jadi anak derhaka... Sepatutnye kita doakan kesejahteraan kedua2 mak ayah kita.. Kalau mak ayah kita wat kita cam 2 pun, kita doakan la supaya diorang berubah dan mendapat hidayah dari Allah.. Geram plak aku bila baca tadi...huhuhu... Terlebih sudahhh... Korang baca la kat bawah nie ek..
PETALING JAYA: Dia anak tunggal dalam keluarga tapi kerana dendam kesumat sejak kecil berikutan sikap baran ayahnya, seorang wanita bertindak umpama ‘Si Tanggang’ apabila tergamak mendoakan kematian lelaki itu. Episod dendam itu bermula sejak Sara, 40-an, masih kanak-kanak apabila mendakwa sering dipukul dan dimaki hamun oleh ayahnya, Pak Atan, 74, meskipun kesalahan hanya kecil.
Kemarahan wanita itu makin membara selepas ayahnya bernikah dengan perempuan seberang kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu selepas tiga tahun kematian isteri yang juga ibu kepada Sara. Kemuncaknya pada September lalu apabila Sara didakwa menghalau ayah dan ibu tirinya keluar dari rumah mereka di sini, hingga terpaksa membina pondok kecil serba daif di tepi rumah itu.
Menurut Sara, dia dan ayah tidak mungkin berbaik semula kerana terlalu banyak kenangan pahit bersama lelaki itu sejak kecil lagi. “Mungkin orang nampak saya jahat bila saya katakan saya selalu berdoa supaya Allah cepat cabut nyawa ayah sebab tidak mahu menanggung dosa lagi apabila selalu berfikiran negatif terhadapnya. “Biarlah kami dengan dunia masing-masing sebab ayah sudah mewasiatkan kepada saudara mara tidak membenarkan saya menyentuh atau melihat mayatnya jika dia meninggal dunia kelak,” katanya kepada Metro Ahad. Dia berkata, punca perselisihan faham disebabkan sikap panas baran ayah sejak muda hingga kini.
Sumber dari myMetro












