Assalamualaikum...
Have a nice day for all my reader..
Petang nie aku ade terbaca kat Kosmo online pasal guru sandaran... Difahamkan di sini guru-guru sandaran yang pernah mengajar di sekolah-sekolah boleh bekerja semula... Bagus la cam 2... Banyakkan lagi tenaga pengajar di sekolah-sekolah... Nie berita baik untuk semua guru sandaran xkira yang mengajar di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.. Aku pun rasa ade baiknye kementerian pelajaran wat tindakan cam nie.. Sebab aku tahun depan dah nak praktikal pas 2 abis study.. Nie la peluang aku untuk jadi guru sandaran tidak terlatih (GSTT) sebelum aku dapat tau posting mengajar kat mna nanti... Sekurang2nye sebelum aku jadi guru sebenar, aku dah dapat pengalaman mengajar dan memahami selok belok proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kat sekolah selain aku wat testing dan pratikal semasa study nie.. huhuhu.. Peluang baik nie.. Lega jgak hati aku nie.. Sekurang2nye lepas dapat posting kat mana-mana guru-guru sandaran 2 tadi dah mahir sedikit untuk mengajar pelajar... Kalau korang nak tau info seterusnya baca la kat bawah nie.. Aku memang nak share kat korang berita baik nie.. Wahai bakal-bakal cikgu sekalian baca la info nie ye...
TONGOD (Sabah) – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) mengumumkan berita gembira buat 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian pada tahun lepas bahawa notis itu ditarik balik.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan.
Serentak itu, beliau mengingatkan GSTT supaya bersedia berkhidmat di mana sahaja mereka dihantar bertugas kerana mereka tidak semestinya dihantar bertugas semula di sekolah asal.
“Saya minta Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang sudah berkhidmat dua, tiga hingga lima tahun, kita beri mereka peluang meneruskan perkhidmatan dan menempatkan mereka di tempat yang sesuai,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan dividen ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas Tongod di sini semalam.
Sumber dari Kosmo Online
4 comments:
bakal guru rupanya..tahniah2..bagus kerja ni.kakak ipar saya dulu pun guru sandaran,skang dh jd guru betul2 he he.
wahh..bgsnya! kite pon sbnrny cite2 nk jadi cikgu walaupon jd ckgu byk risiko skang ni
hehehe... 2 yg skrg makin bz.. dan kdg2 xsempat nk wat entry baru..huhuhu..
bkn tuk cikgu je...sepatutnya semua yg kontrak...
diorg pun nak makan juga..
Post a Comment