My FoLLoWeRs

Thursday, January 13, 2011

Segalanya tentang cinta...


Jika kita mencintai seseorang
Kita akan sentiasa mendoakannya
Walaupun dia tidak berada disisi kita…

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal
Jika kamu masih mahu mencuba…
Jangan sesekali menyerah
Jika kamu masih sanggup…
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi
Jika kamu masih tidak dapat melupakannya…

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai
Harapan walaupun mereka telah dikecewakan…
Kepada mereka yang masih percaya
Walaupun mereka telah dikhianati…
Dan…
Kepada mereka yang mempunyai
Keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan…

Jangan simpan kata-kata sayang pada orang yang dikasihi
Sehingga dia meninggal dunia…
Lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata kasih sayang itu
Pada pusaranya…
Sebaliknya…
Ucapkan kata-kata kasih sayang yang tersimpan di benakmu itu sekarang
Selagi ada hayatnya…

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang menyayangi kamu sepenuh hati
Sehinggalah kamu kehilangannya…
Pada saaat itu, tiada guna sesalan
Kerana perginya tanpa berpatah lagi…

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang
Dan bukan siapa dia sebelumnya…
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya
Kamu benar menyayanginya sepenuh hati…

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang…
Sejam untuk menyukai seseorang…
Dan sehari untuk mencintai seseorang…
Tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang…

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita
                                                  Maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir…


2 comments:

Fizah Ibrahim said...

btol tbol tu, cita cita patot dikejar dulu.. =)

Ieda_ishida said...

kejar cita2 seperti kita bercinta.. klu kita sygkn cinta, kita mestilah sygkn jgak cita2 utk msa dpn.. xgitu???