My FoLLoWeRs

Wednesday, January 12, 2011

Belasah suka-suka

SaLam...
Have a nice day for my frenz and my readers...

Hey... Korang baca paper x ari nie... Pasal budak sekolah kena belasah "suka-suka" di hostel... Nie aku ade ambik keterangan dari my Metro (Metro online)... Korang baca la... Ape la nak jadi ngan budak2 zaman sekarang... Belasah orang xtentu pasal... Kes buli nie...
Bersimen... Johari menunjukkan kaki kiri Mohd. Syazman yang disimen selepas dipukul lima pelajar senior.

ALOR SETAR: “Ketika menahan kesakitan, depa (mereka) pukul lagi tanpa belas kasihan, bila saya tanya kenapa, depa kata saja syok-syok,” kata Mohd Syazwan Johari, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mergong di sini, yang retak lutut kiri selepas mendakwa dibelasah lima pelajar senior di asrama sekolah berkenaan, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 6.55 petang itu, mangsa dikatakan baru selesai mandi apabila dipanggil seorang pelajar tingkatan tiga ke biliknya, namun dia enggan. Menurutnya, berikutan itu, pelajar senior terbabit mengheretnya dari biliknya ke bilik bersebelahan sebelum empat lagi pelajar tingkatan tiga membelasahnya di badan dan kaki.

“Saya tidak tahu kenapa mereka marah dengan saya, walhal tidak pernah membuat mereka marah.
“Ketika memasuki asrama ini tahun lalu, mereka turut membuli saya.

“Mereka marah kerana saya tidak mengikut arahan menyebabkan mereka menarik dan mengheret saya sebelum empat rakan mereka menyerang saya termasuk menampar, menumbuk dan menendang bertubi-tubi.

“Saya rebah dan dan terduduk sebelum dua pelajar lain memegang kedua-dua tangan dan mengheret ke pintu bilik menyebabkan kaki kiri terkena rak kasut besi,” katanya ditemui di rumahnya di Kuarters Kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.

Mohd Syazwan berkata, rakan lain yang menyaksikan kejadian itu tidak berani membantu kerana pelajar berkenaan sudah memberi amaran.

“Lutut kiri saya begitu sakit menyebabkan mengerang kesakitan, namun langsung tidak dipedulikan mereka.

“Keesokannya, guru membawa saya ke klinik untuk rawatan sebelum pulang semula ke asrama,” katanya.

Menurutnya, bapanya terpaksa datang dan membawanya pulang ke rumah kerana tidak dapat meneruskan pembelajaran berikutan kesakitan teruk di kaki.

Bapa mangsa, Johari Zainon, 35, berkata, dia kecewa dengan pihak sekolah itu kerana lewat memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.

“Doktor mengesahkan tulang lutut kiri anak saya retak dan perlu disimen selain terpaksa menjalani pembedahan kedua.

“Perkara ini menyedihkan kerana kes gangsterisme berlaku di asrama sekolah dikawal warden,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kota Setar jam 1 pagi semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kes berkenaan.

“Setakat ini, polis menahan lima pelajar berusia 15 tahun dan akan dibawa ke mahkamah esok (hari ini) untuk direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya.

Nape la ngan budak2 samseng nie?? Budak2 dulu2 xpun seganas budak2 sekolah zaman sekarang... Diorang nie xde perasaan ke ikut suka belasah orang yang xbersalah... Kecian kat budak yang kena buli 2 xpasal2 jew kaki kena disimen gara2 dipukul oleh budak2 senior yang nakal... Kena ambik tindakan kat diorang nie.. Diorang ingat manusia nie ade banyak nyawa ke??? Kalau budak 2 mati camne??? Xabis sekolah lagi dah wat perangai... Kononnye nak tunjuk "hero"...

Ambillah waktu untuk....


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan...
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi...
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan...
Ambillah waktu untuk belajar, itu dalah sumber kebijaksanaan...
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan...
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan...
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati...
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa terisi...
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan...
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal soleh
Renungkanlah kata2 di atas nie supaya dapat kita jadikan panduan dalam hidup kita seharian... Masa sangat penting dan amat cepat berlalu tanpa kita sedari... Ia xkan berpatah balik walaupun sesaat... Jadi gunakanlah masa itu dengan sebaik yang mungkin.... Bak kata pepatah "Masa itu Emas"... Seimbangkan masa itu untuk mengejar dunia dan akhirat sama banyak... xlebih dan xkurang... Supaya kita xjadi manusia yang lalai dan alpa kepada pencipta yang Maha Esa....
Dunia ini umpama lautan yang luas, kita adalah kapal yang belayar di lautan... Telah ramai kapal karam didalamnya... Andai muatan kita iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini...  

Renung2kanlah dan selamat beramal....

Tuesday, January 11, 2011

Tentang perempuan

SaLam...
Have a nice day...
 Apabila seorang perempuan itu mengatakan dye sedang bersedih, tetapi korang xnampak pun dye xmenitiskan airmata... Itu maknanye dye sedang menangis di dalam hatinye…sape nak tau kan… Rambut je sama hitam tapi hati lain2..

Bila dye xmenghiraukan lelaki atau teman2nye  selepas kamu menyakiti hatinye, lebih baik seorang lelaki itu berikan masa pada perempuan tersebut untuk menenangkan hatinye semula sebelum lelaki itu menegurnye kembali dengan ucapan “maaf”...

Perempuan sukar nak cari benda yang dye benci tentang orang yang paling dye sayang… Pakwe dye la 2… Sebab itu jgak la ramai perempuan yang akan “patah” hati bila hubungan cintanye dengan seorang lelaki terputus di tengah jalan…
 Sekiranye seorang perempuan itu jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ade di dalam fikirannye dan hatinye walaupun ketika dye sedang keluar dengan lelaki lain atau kawan2nye..
Bila lelaki yang dye suka dan dye cintai itu merenung tajam ke dalam matanye… Dye akan cair seperti coklat!!! Wahhh….
Perempuan memang sukakan pujian tetapi xtau camne nak terima pujian… Hmmmm… ye ke statement nie…
Jika seseorang lelaki itu xsuka dengan gadis yang sukakannye itu separuh mati, tolaklah cintanye dengan lembut… Jangan sesekali berkasar… Sebab akan timbul satu semangat dalam diri perempuan itu yang lelaki xtau bila dye dah wat keputusan, dye akan lakukan ape saje untuk kepuasan dirinye… Lebih kurang membalas dendam pada lelaki agak kurang ajar la katakan…

Sekiranye seorang gadis mula menjauhkan diri dari seorang lelaki yang telah menolak cintanye dahulu, biarkan dye untuk seketika… Sekiranye lelaki itu masih lagi ingin menganggap perempuan itu seorang kawan, try la tegur dye perlahan2… Jangan main serbu je.. Silap hari bulan kena makan penampar plak… Aduishhh…. Sakit 2…hahaha…
 Perempuan suka meluahkan apa yang diorang rasa… Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara yang termudah diorang akan meluahkan rasa hati…Xkira la rasa rindu ke, cinta ke, marah ke, kecewa putus cinta sekali pun ade je cara itu dye luahkan… Cam aku la… Kalau nak luah perasaan 2 aku suka wat puisi2 senang ckit nak karang… Kadang2 2 terlebih jiwang plak…hahaha… Ape2 pun 2 la cara aku luah rasa hati yang aku pendam selama nie.. hanya aku je yang tau… Aku tetap aku…hakhakhak…

Jangan sesekali beritahu seseorang perempuan itu yang dye nie langsung xberguna… Especially pada awek2 yang korang kenal la bila putus cinta…Masa suka “sayang2” tapi… Bila nak putus kutuk macam2.. Ade ke patut???

Monday, January 10, 2011

Cinta datang dan pergi...


Cinta itu datang dengan tiba-tiba
Tanpa diundang
Tanpa dipaksa
Singgah dan bersemi di dalam kalbu….

Cinta itu terlalu indah untuk dikatakan
Dan terlalu pahit untuk dirasakan
Ada apa dengan cinta???

Cinta yang tumbuh dan bersemi di dalam kalbu
Membuatkan ku bahagia setiap saat bersua dengannya
Ku tatap wajahnya dengan sepenuh kasih sayang
Dan aku pun rela berkorban
Hanya untuk dia walaupun sesaat
Cinta telah membuat ku buta dengan segalanya…

Kala cinta itu pergi
Hatiku pun hancur
Deraian airmata terus mengalir
Menemani diriku dikala sepi
Tak ada lagi yang meghiasi hariku
Separuh jiwaku menghampa
Pergi meninggalkan ku dalam kesendirian kesunyian
Tanpa asa…

Dimanakah engkau wahai cintaku???
Cinta yang selalu hadir di setiap helai nafas hidupku
Cinta yang membuat ku tegar menghadapi cobaaan
Cinta yang membuat kita tertawa dalam bahagia
Dan menangis bersama di kala duka…

Aku akan terus mencari
Cinta pertama dan utamaku
Dengan langkah kaki mungilku
Aku kan terus mencari
Untuk mengapai cintaku kembali…

Muncul kembali...


SaLam...
Have a nice day for all my frenz and my reader…
Haloooo….. Aku muncul kembali.....!!!!! Setelah hampir sebulan lebih aku xtulis entry baru dalam blog… Bukan main rindu giler nak tengok wat entry baru dan usha2 blog korang yang lain... Sori taw kalau ade korang yang tertunggu2 entry baru aku…hahaha…. Actually, aku blik kampung nun jauh di sana… Kat mana 2 try la teka…hikhikhik…Sebab 2 la aku menyepi sekejap... Firstly aku nak bagitau korang masa aku nak blik kampung bukan punyer sronok skali… Dabedabedoooo…….!!!! Dapat la aku rest kepala aku yang dah serabut akibat final exam melanda macam tsunami... Dahsyat oooo… Wat pening kepala aku nak menjawabnye… hahaha… Nasib baik la aku boleh la jawab jgak... Yang mana xboleh 2 aku hentam jew la.. Main tembak jew jawab... Cam kawan aku suka kata " ko goreng jew kertas jawapan 2" hahahaha.... xpe2 dah lepas dah pun… Legaaa….. Alhamdulillah…..

Tapi sayang seribu kali sayang la kan… Ayat xbleh blah la plak… hahaha… Aku xdapat nak on9 masa ade kat sana… Line celcom broadband kat sana terganggu gugatnye… Tension betul aku… Aaargghhhhh….!!!! Boring jgak… Dok kat umah tengok astro jew… Juz tekan jew macam2 ade….hikhikhik… Sebijik cam iklan kat tv… Yang aku suka tengok "jangan lupa lirik", "anda ada 60saat" ngan cite antu... Layan tengok ngan twin aku... Aku xpergi mna2 pun… Coz tolong tengok2kan mak aku yang sakit…Cian ooo….. Keja aku kat sana makan, tengok tv dan tido… Masak la ckit2 jew... Masak yang simple2 jew... Aku masak main "campak2 jew"...hahahaha...  2 jew aku yang tau nak wat pun...

Sekarang nie aku dah ade balik kat Melaka untuk teruskan study aku kat sini yang dah masuk sem 7... Kat sini aku boleh la on9 selalu... Korang boleh la baca entry aku yang seterusnye ek... Aku akan try update entry baru untuk korang semua baca... Baca taw jangan xbaca.... =)
Nie la aku skrang... comey x...hahahaa...